satusabah

Kehebatan Ronaldo

Buat pertama kali Cristiano Ronaldo meledak lima gol dalam satu perlawanan apabila Real Madrid membenam Granada 9-1, semalam, sekali gus m...

Buat pertama kali Cristiano Ronaldo meledak lima gol dalam satu perlawanan apabila Real Madrid membenam Granada 9-1, semalam, sekali gus menyaksikan perbezaan kekal kepada empat mata daripada pendahulu La Liga, Barcelona.

Gareth Bale pula meneruskan kecemerlangannya selepas membantu Wales minggu lalu dengan melakukan gol pembukaan pada minit ke-25.

Tiba giliran Ronaldo selepas itu apabila menyumbat tiga gol dalam masa lapan minit, semuanya pada separuh masa pertama.

Karim Benzema pula meledak dua gol pada minit ke-52 dan minit ke-56. Gol keempat Ronaldo pada minit ke-54 dan kelima pada minit terakhir. Sebelum itu, pertahanan Granada, Diego Mainz menyumbat gol sendiri pada minit ke-82.

Pasukan pelawat bagaimanapun berjaya mendapat gol sagu hati pada minit ke ke-73 menerusi Robert Ibanez.

“Gembira apabila dapat menjaringkan lima gol hasil kecemerlangan bermain sebagai satu pasukan. Terima kasih atas semua sokongan anda,” kata Ronaldo dalam posting akaun Twitternya. – AFP/berita harian
Loading...

Related

sukan 2362452430388885747

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item