satusabah

KOTA BELUD : Nenek dan Cucu Maut Terkena Renjatan Elektrik

Nenek dan cucu lelakinya ditemui maut di dalam parit selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Tawadakan, di sini, hari ini....

Nenek dan cucu lelakinya ditemui maut di dalam parit selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Tawadakan, di sini, hari ini.

Difahamkan mangsa Sundang Alip, 70, dan cucunya Awang Mohd Rajip Abd Nazin berusia 20-an terkena renjatan elektrik ketika melalui pagar besi untuk ke kebun mereka di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, Sundang dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam parit sebelum terkena renjatan elektrik.

Cucu mangsa yang melihat kejadian itu cuba membantu neneknya sebelum dia turut terkena renjatan elektrik.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat wayar elektrik yang putus dan jatuh mengenai pagar kawad duri yang memagari kawasan sawah padi kira-kira 20 meter dari tempat kejadian

Sementara itu , Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat mangsa pada 10.48 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Loading...

Related

slider 8033083767616616521

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item