satusabah

PALSU : Polis KK Nafi Laporan Tersebar di Laman Sosial

  Ibupejabat Polis Daerah (IPD) pada jumaat menafikan laporan yang tersebar di laman sosial internet yang mendakwa seorang jururawat dira...

 
Ibupejabat Polis Daerah (IPD) pada jumaat menafikan laporan yang tersebar di laman sosial internet yang mendakwa seorang jururawat diragut berhampiran Hospital Queen Elizabeth di sini. 

IPD Kota Kinabalu dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut sebenarnya berlaku di Jalan Kiansom, Inanam berhampiran Sekolah Kebangsaan Bantayan pada 22 April 2014. 

“Kejadian yang berlaku jam 3.30 petang itu melibatkan seorang mangsa yang bekerja sebagai kerani dan bukannya jururawat seperti yang dilaporkan dalam laman sosial,” menurut kenyataan itu.

Menjelaskan lebih lanjut, mangsa ketika itu sedang berbincang dengan seorang pemandu lelaki mengenai kerosakan kenderaannya selepas dilanggar dari arah belakang oleh lelaki berkenaan. 

“Ketika wanita itu sedang menelefon majikannya, suspek bertindak menolak pengadu dan kemudian meragut rantai leher emas milik mangsa sebelum melarikan diri menggunakan kereta Hyundai berwarna putih menggunakan nombor pendaftaran SAB5020K,” katanya sambil menambah siasatan polis mendapati nombor pendaftaran yang digunakan oleh kereta Hyundai itu palsu. 

Menurutnya, suspek warga tempatan itu bagaimanapun berjaya diberkas di Tuaran pada 2 Mei 2014 dan telah didakwa di mahkamah sebelum dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. 

Dalam laporan yang disebarkan melalui Facebook dan Whatsapp, pemilik akaun laman sosial itu menulis: 

“Take Note!!! SAB5020K: Hati-hati dengan kereta ini, baru semalam seorang jururawat telah diragut oleh pemandu kereta ini berdekatan area Queen Elizabeth Hospital. MO nya ialah dengan melanggar kereta mangsa, kemudian menarik mangsa keluar lalu meragut mangsa. 

Sebarkan info ini dan laporkan kepada pihak polis yang berdekatan.” Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai terutama pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan suatu kes jenayah yang belum disahkan kebenarannya bagi mengelak kejadian fitnah berlaku.
SAYANGSABAH
Loading...

Related

PDRM 4176969159147010243

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item