satusabah

Penerbangan Ditunda Kerana Kura-Kura

SEEKOR kura-kura yang sesat di landasan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia menyebabkan beberapa jadual penerbangan terpa...

SEEKOR kura-kura yang sesat di landasan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di dunia menyebabkan beberapa jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Portal Mirror melaporkan beratus-ratus penumpang bagi penerbangan British Airways dari Lapangan Terbang Gatwick di London terkandas apabila sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando mengambil masa untuk mendarat.

Pesawat tersebut terpaksa membuat pusingan di ruang udara di atas landasan sementara mendapatkan lampu hijau untuk mendarat apabila kura-kura itu mengambil masa untuk beredar dari landasan.

Sekurang-kurangnya dua lagi penerbangan sepatutnya mendarat ketika itu turut terjejas.

Laman web berita penerbangan AirLive.net memuat naik berita berkenaan di laman sosial Twitter sehingga mengundang banyak komen lucu daripada pengikutnya.

Jay Bee menulis di Twitter: "Mereka (kura-kura) sentiasa berjalan lembap.

Lee Halford pula berkata: "Buat pusingan menghampiri kura-kura itu. Penumpang pasti akan terkejut besar."

Ketua latihan penerbangan British Airways, Dave Thomas berkata: "Ini adalah pertama kali kita mendengar seekor kura-kura berada di landasan tetapi juruterbang terlatih kita masih perlu memastikan penerbangan tiba awal." - MIRROR
Loading...

Related

Berita Dunia 8143248175766774874

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item