satusabah

Sebelas Kereta Disita Di Kota Kinabalu Atas Pelbagai Kesalahan

Sebanyak 11 buah kenderaan disita polis atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam operasi Samseng Jalanan dan Mabuk yang dijalankan di sekit...

Sebanyak 11 buah kenderaan disita polis atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam operasi Samseng Jalanan dan Mabuk yang dijalankan di sekitar bandaraya ini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua kenderaan terbabit dibawa ke Ibupejabat Kontinjen Polis Kepayan untuk siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, operasi yang diadakan di Jalan Coastal, Jalan UMS – Sulaman dan Jalan Kepayan Lintas itu turut mengeluarkan tujuh saman Pol 257 kepada pemamdu lain atas kesalahan lalulintas.

Selain itu, lima orang pemandu lagi ditahan di bawah Sekyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selepas ujian mendapati suspek memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

“Sebanyak 35 buah kenderaan diperiksa secara teliti iaitu 19 buah motokar, 5 kenderaan pacuan empat roda dan 11 motorsikal dalam operasi yang bermula jam 11.30 hingga 5.00 pagi,” katanya lagi.

Seramai lima pegawai dan 21 anggota Polis Trafik terlibat dalam operasi yang menyaksikan seramai 40 orang yang terdiri daripada 35 lelaki dan lima wanita menjalankan pemeriksaan. 

Sumber : SAYANGSABAH
Loading...

Related

Sabah 4656001306692536141

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item