satusabah

SEMASA : Penangan Tukang Urut

Aras atas sebuah bangunan empat tingkat di Jalan Kampung Nyabor di sini musnah terbakar pada jam 11.30 pagi semalam dalam kejadian yang d...

Aras atas sebuah bangunan empat tingkat di Jalan Kampung Nyabor di sini musnah terbakar pada jam 11.30 pagi semalam dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan tujuh tukang urut wanita warga asing.

Difahamkan, aras berkenaan merupakan tempat tinggal lima wanita warga Vietnam dan dua wanita dari China berumur antara 20 dan 30-an terbabit.

Menurut sumber, salah seorang daripada wanita Vietnam itu dipercayai membakar sesuatu di tingkat empat bangunan kedai berkenaan sebelum cuba melarikan diri.
Apabila api menjadi besar, semua warga asing yang tinggal di aras berkenaan bergegas ke tingkat bawah, namun mereka dicekup polis dan dibawa ke balai untuk siasatan.
Wanita warga Vietnam iaitu suspek yang dipercayai memulakan kebakaran itu melarikan diri namun berjaya ditahan polis di pekarangan sebuah hotel terkemuka berdekatan.

Sumber berkata, wanita berusia 25 tahun terbabit sebelum itu cuba melarikan diri daripada majikannya kerana tidak berpuas hati dengan gaji diterimanya serta mendakwa ditipu.

Bagaimanapun, sumber lain mengatakan wanita terbabit yang dipercayai mengalami masalah mental akibat tertekan telah merayau-rayau di bandar ini, malah pernah datang ke balai polis berkaki ayam baru-baru ini.

“Selain tidak memahami bahasa wanita itu, dia juga meracau-racau di balai serta menimbul kekecohan sehingga terpaksa diikat pihak berkuasa,” kata sumber itu lagi.

Terdahulu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 pagi bergegas ke lokasi kejadian diketuai oleh PBKII Dony Sumping dengan kekuatan 14 anggota serta dua jentera pemadam Scania.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah turut menghantar lima anggota sebagai pasukan sokongan untuk menguatkan lagi operasi  memadamkan kebakaran.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu Abdul Mutalib Rashid dan Ketua Balai TPgB Abdul Mutalif Jaafar turut berada di lokasi kejadian.

Mutalib berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 11.39 pagi dan api berjaya terkawal pada jam12.11 tengah hari.

“Pihak kami akan melakukan siasatan berhubung punca kebakaran kelak,” katanya sambil menambah tiada mangsa cedera dilaporkan.

Sementara itu, ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadam api yang sedang marak, kelibat seekor kucing menyelamatkan diri menarik perhatian orang ramai selepas ia terjun dari bangunan tingkat empat itu.

Malah, adegan kucing terjun itu mengalih tumpuan orang ramai yang sedang mendongak ke arah situasi agak mencemaskan itu.

Kucing itu mula-mula terjun ke anjung pada aras tiga dan dua bangunan itu sebelum mendarat dan mengiau kesakitan.

Ia terus bersembunyi di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang parkir di situ dalam keadaan hidungnya berlumuran darah tetapi selamat.

Beberapa orang di situ sempat merakam gambar kucing terbabit di bawah kenderaan itu, malah ada yang cuba menangkapnya tetapi gagal selepas ia menghilangkan diri ke lubang parit.
Loading...

Related

Warga Asing 5408187612492781084

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item