satusabah

SYABU Terus Popular - Terbaru 3 Ditahan di KK

Tiga lelaki berumur antara 23 hingga 37 tahun ditahan selepas didapati memiliki dadah bernilai RM20,000 dalam serbuan di Bandaran Berjaya...

Tiga lelaki berumur antara 23 hingga 37 tahun ditahan selepas didapati memiliki dadah bernilai RM20,000 dalam serbuan di Bandaran Berjaya di sini pada jam 1.45 pagi hari ini. 
 
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sepasukan anggota Narkotik IPD Kota Kinabalu telah menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Nissan Navara kerana disyaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah. 
 
“Semasa kenderaan ditahan, tiba-tiba kenderaan tersebut memecut cuba melarikan diri dengan merempuh tempat pembuangan sampah namun berjaya ditahan,” katanya di sini hari ini. 
 
Menurutnya, suspek sekali lagi cuba melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bahagian pemandu tetapi berjaya ditangkap. Hasil pemeriksaan polis mendapati satu bungkus plastik hitam yang mengandungi empat plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu ‘Methamphetamine’ anggaran berat kasar 200 gram. 
 
“Polis turut menahan tiga lelaki di dalam kenderaan terbabit termasuk seorang warga asing yang memegang dokumen IMM13,” katanya lagi sambil menambah bahawa ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah. 
 
“Hasil siasatan awal, ketiga-tiga suspek mempunyai pengetahuan terhadap barang kes dan mempunyai peranan masing-masing semasa urusan pengedaran dadah itu,” tambah beliau. Dadah berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sayang Sabah
Loading...

Related

Syabu 7923867787400655429

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item