satusabah

Budak Cedera Disengat Obor-Obor di Pantai Tg Aru

Kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan selepas dipercayai disengat obor-obor di pantai Tanjung Aru, dekat sini, hari ini.

Kota Kinabalu: Kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan selepas dipercayai disengat obor-obor di pantai Tanjung Aru, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Sabah, Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin, berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi.

Menurutnya, Marshanda Shenelle Ponsiun, 9, dihantar he hospital akibat sengatan obor-obor di kaki kiri dan tangan kanannya.

Mulliadi berkata anggota JPAM yang bertugas di menara penyelamat pantai Tanjung Aru terlebih dahulu memberi rawatan awal menggunakan semburan asid asetik sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

“Dua anggota menara yang membuat rondaan ternampak kanak-kanak perempuan menjerit kesakitan.

“Mereka kemudian mendapati kanak-kanak itu disengat obor-obor dan kemudiannya mengeluarkan mangsa dari air.

“Anggota memberikan rawatan awal (semburan asid asetik) sebelum mangsa dihantar ke HQE oleh keluarganya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mulliadi berkata, pihaknya merekodkan 22 kes sengatan obor-obor di pantai Tanjung Aru, mulai 1 Januari sehingga hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang awam supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika menjalankan sebarang aktiviti riadah di pantai terbabit bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.
Loading...

Related

Tanjung Aru 8076088769499044434

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item