satusabah

Dibebaskan Selepas Bayar Wang Tebusan RM50000


LAHAD DATU : Seorang wanita memberitahu polis bahawa dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata api tetapi dibebaskan tiga jam kemudian selepas wang tebusan RM50,000 telah dibayar di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad mengesahkan laporan tersebut telah dibuat pada hari Khamis oleh mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam laporan yang diterima, katanya, wanita berusia 44 tahun itu mendakwa rumahnya yang terletak di Kampung Silam telah didatangi oleh tiga lelaki bertopeng dengan senjata api kira-kira pukul 10 malam pada Rabu, dan mereka kemudian bertanya sekiranya rumah yang didiaminya itu adalah dipunyai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Haji Yusof’.

Jelas Hamzah, walaupun wanita itu memberitahu kepada ketiga-tiga suspek bahawa dia tidak mengenali lelaki tersebut, namun mereka terus memaksa dia masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda berwarna putih yang mana terdapat dua lagi lelaki di dalam kenderaan tersebut sebelum mereka memandu jauh ke dalam kawasan hutan dan membawanya melalui Jalan Dewata dan menuju ke Jalan Danum.

“Semasa berada di dalam kereta, wanita itu mendakwa mereka mengancam untuk membunuhnya dan menuntut wang tebusan sebanyak RM50,000. Dia kemudian menggunakan salah telefon mudah alih salah seorang suspek lelaki bertopeng itu untuk memanggil saudara bagi menyediakan wang.

“Saudara-mara dan jiran-jiran beliau berjaya mengumpul sejumlah wang dan meletakkannya di persimpangan berhampiran Kampung Silam sebelum mangsa dibebaskan pada kira-kira jam 12.01 tengah malam,” katanya.

Dalam pada itu, kata Hamzah usaha mengesan kesemua suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikkan 1961

Loading...

Related

Penculik Bersenjata 2450036287831170725

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item