satusabah

Hilang Lebih Tujuh Jam di Jalan Kimanis-Keningau


PAPAR - Seorang lelaki berusia 56 tahun terselamat selepas dilaporkan hilang lebih tujuh jam susulan kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam hampir 50 meter di Batu 18 Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Lim Tang Chai yang memandu kereta seorang diri dikatakan dalam perjalanan pulang ke Keningau selepas urusan kerja di Kota Kinabalu, 11.30 malam tadi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Dunster Peter berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.43 malam sebelum sepasukan bomba ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa tiada di dalamnya dan kemungkinan dia tercampak keluar dari kenderaan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilakukan namun terpaksa ditangguh pada 3.54 pagi disebabkan keadaan angin kuat dan kabus tebal.

"Kira-kira 7 pagi, kita dimaklumkan mangsa sudah ditemui oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Keningau, kerana mangsa mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
Loading...

Related

Kota Kinabalu 8489401998908207941

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item