satusabah

LAHAD DATU : Bekas Kekasih Maut Ditikam Remaja Wanita 17 Tahun

Remaja perempuan berusia 17 tahun menikam bekas teman lelakinya dengan sebilah pisau sehingga mati sebelum menyimpan mayat itu hampir 20 jam dalam kejadian di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 3 pagi selepas mereka berselisih faham.

Pertengkaran antara mereka bertukar kepada pergaduhan sebelum wanita terbabit menikam perut mangsa dikenali sebagai Nor Azmi Akan Lian, 17, menggunakan pisau.

Sejurus menikam mangsa, gadis berkenaan menyimpan mayat lelaki terbabit di dalam bilik hotel hampir 20 jam sebelum mengambil keputusan menyerahkannya ke Hospital Lahad Datu, di sini, kira-kira jam 11 malam semalam.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati lelaki itu maut akibat ditikam senjata tajam di perutnya sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berpunca akibat pertengkaran antara mereka di sebuah bilik hotel di Lahad Datu kira-kira jam 3 pagi, 13 Januari lalu.

"Remaja ini kemudian menikam bekas teman lelakinya sebelum menghantar mayat mangsa ke hospital," katanya.

Salehhudin berkata, polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Loading...

Related

Lahad Datu 5366778253078733329

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item