satusabah

Nahas Jalanraya di Sandakan, Isteri Maut Suami Parah

Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kereta mereka terbabas dan melanggar pokok di Batu 6, Jalan Lintas Utara dekat si...


Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kereta mereka terbabas dan melanggar pokok di Batu 6, Jalan Lintas Utara dekat sini Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata mangsa yang dikenali sebagai Ezafarina Sulaiman, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata suami mangsa yang memandu kereta itu cedera ringan dan ketika kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mereka dalam perjalanan menuju arah Bandar Sandakan.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu terbalik beberapa kali sebelum melanggar pokok,” katanya. Zabidi berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ins Baillye Maidin di talian 089242254.
Loading...

Related

Sandakan 6138851012850132546

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item