satusabah

Pulau Banggi, Pulau Terbesar di Malaysia

Pulau Banggi, Kudat, SABAH

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia.

Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter.

Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung.

Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang.

Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Orang Asli Bonggi dan Molbog. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Kagayan dan Ѕuluk.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.



Bagaimana cara Untuk ke Pulau Banggi ?

Cara paling senang adalah datang terus ke Pelabuhan Daerah Kudat menaiki Feri. Inisiatif lain anda boleh menyewa bot laju.
Loading...

Related

Pulau Baggi 5140594095917518345

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item