satusabah

Budak Perempuan Maut Dirempuh Kereta Dipandu Ibu


KOTA KINABALU : Seorang budak perempuan berusia empat tahun maut dirempuh kereta ibunya selepas wanita itu dipercayai terpijak pedal minyak sebaik menurunkan mangsa di sebuah tadika di Taman Seputih, dekat Luyang di sini, pagi tadi. 

Turut cedera dalam kejadian jam 9.30 pagi itu ialah dua lagi murid tadika berkenaan serta seorang guru wanita. Difahamkan, ketika kejadian wanita berusia 36 tahun itu baru saja menurunkan anaknya di depan pagar tadika berkenaan. 

Dia kemudian dipercayai terpijak pedal minyak sebelum sempat menukar ke gear undur lalu merempuh anaknya yang berjalan beriringan dengan seorang guru wanita dan dua murid lain di hadapan kenderaannya. 

Berikutan rempuhan itu, semua mangsa mengalami pelbagai kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth II (QEH II) dan Hospital KPJ di sini, untuk rawatan. 

Bagaimanapun, anak wanita itu meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital KPJ, pada jam 10.10 pagi. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Loading...

Related

Kota Kinabalu 2058040288782145187

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item