satusabah

Wanita Terselamat, Wira Terputus Dua


Seorang wanita terselamat walaupun kereta Proton Wira yang dipandunya putus dua dalam kemalangan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini petang ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi, dalam kejadian kira-kira 6.00 petang itu, Tie Jia Jia, 19, yang datang dari arah Jalan Lada ke lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan.

Keretanya kemudian dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki Ling Kiew Hing, 51.

Kedua-dua kenderaan berkenaan terbabas ke dalam parit manakala pemandu-pemandunya hanya cedera ringan.

-- BERNAMA
Loading...

Related

Sarawak 1856358740366113114

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item