satusabah

Cadangan Naik Taraf Jalan Kimanis-Keningau - ADUN

Jalan Kimanis-Keningau - Foto djkupang
KOTA KINABALU, 19 April - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang mencadangkan agar kerajaan memasukkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Kimanis-Keningau dalam pakej pertama projek Lebuhraya Pan Borneo.

Katanya kerja menaik taraf jalan itu perlu diberikan keutamaan agar ciri-ciri keselamatan dapat dibina segera memandangkan struktur jalan raya di kawasan itu membahayakan keselamatan pengguna selain banyak berlaku kemalangan.

"Kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau bukan disebabkan laju atau kecuaian, tetapi disebabkan struktur jalan raya yang berbahaya.

"Saya berharap masih belum terlambat untuk memohon daripada kerajaan agar kerja menaik taraf jalan ini," katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, ADUN Kuala Penyu Limus Judy dalam ucapan bahasnya meminta kerajaan mempercepat kelulusan pembinaan dan kerja-kerja menaik taraf beberapa jalan di kawasannya.

Projek itu termasuk membina dan menaik taraf jalan Sangkabok Lambidan ke Jalan Malikai Tanjung Aru; Bulatan Menumpang ke Jalan Lapangan Terbang Tanimbak-Pantai Sawangan; Jalan Kampung Kabatung; dan Jalan Kampung Gana Bundu. - BERNAMA
Loading...

Related

Lebuhraya Pan Borneo 2563034803993620316

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item