satusabah

Harga minyak naik susulan mogok pekerja di Kuwait


Harga minyak naik pada dagangan awal hari ini berikutan mogok pekerja minyak di Kuwait menyebabkan sejumlah besar minyak mentah tidak memasuki rantaian bekalan. 

Penganalisis bagaimanapun memberi amaran gangguan adalah bersifat sementara dan pasaran akan kembali menumpu kepada lebihan bekalan global susulan kegagalan pengeksport utama minyak dunia gagal mencapai kata sepakat Ahad lalu bagi membekukan tahap pengeluaran. 

Mogok di Kuwait oleh pekerja minyak mengurangkan pengeluaran minyak negara itu kepada 1.1 juta tong sehari, jatuh daripada 2.8 juta tong sehari pada kebiasaannya. 

Dagangan hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$42.95 satu tong pada 0027 GMT, empat sen di atas harga penutup. Minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) naik 15 sen kepada AS$39.93 satu tong. 

Pegawai Kuwait berkata, mereka mampu meningkatkan pengeluaran sungguhpun mogok berlaku, dengan menggunakan simpanan inventori dan mengambil tindakan undang-undang ke atas persatuan pekerja. 

Penganalisis berkata, kerajaan negara itu juga berkemungkinan bertolak ansur dengan pekerja bagi mengembalikan tahap eksport sebelum ini. "Sensitif kepada tekanan persatuan pekerja, kerajaan berkemungkinan bertolak ansur kepada permintaan kenaikan gaji pekerja," kata firma perunding Eurasia Group. - REUTERS
Loading...

Related

Harga Minyak 5636561116585838409

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item