satusabah

Jame Alip Kecewa Puan Maimunah Tidak Dilantik Pengarah JPN Sabah

Puan Maimunah Hj. Suhaibul timbalan Pengarah Pendidikan Sabah (kiri) dan Datuk Jame Alip - Foto Kredit SayangSabah

KOTA KINABALU - Mantan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip melahirkan rasa kecewanya selepas Puan Maimunah Hj. Suhaibul tidak dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Sabah.

Jame Alip, 60 yang bersara selepas 38 tahun menabur bakti dalam bidang pendidikan berkongsi kekecewaannya melalui satu tulisan di laman sosial facebook pada sabtu.

Menurutnya, beliau difahamkan Puan Maimunah Hj.Suhaibul Timbalan Pengarah JPN Sabah telah menerima surat perlantikan bukan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang baharu tapi hanya penangunggan tugas pengarah sehingga jawatan itu diisi kemudian.

Screen Shot status di laman sosial yang dimuatnaik oleh mantan pengarah pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip
Tambah beliau lagi dalam ruangan komen :

Saya tahu sebelum ini sebelum ini org2 ucap tahniah kpd Puan Hjh. Mainunah kerana dilantik jadi pengarah sedangkan surat belum keluar.Bayangkan kalau Tuan Unding diucap Tahniah tapi belum dilantik apa perasaan tuan?

Suka kah?

Saya amat kecewa beliau tidak dilantik terus pengarah sedang dia Tim dan layak.Saya sudah hantar CV dia Kpd Menteri,KSU dan KPPM.Saya difahamkan CM pun sokong.

Apa masalahnya? Jika saya tidak berterus terang ada sangka nanti saya tidak sokong beliau.

Tuan Unding takut org KPM baca. Baguslah. Supaya Pengarah Sabah cepat dilantik.

Tuan kalau saya tidak pernah berkhidmat di KPM dan JPN Sabah apa lagi merasai perit manis tugas pengarah.Tuan unding perlu faham peribahasa hanya jauhari sahaja yg me genal menikam.

Kerajaan sedia kena sokong dan dokong . Tapi kalau pegawai leka kita tegur.

Sementara itu dalam ruangan komen di facebook milik beliau rata-rata menyokong tindakan berani beliau memberikan pandangan dan pendapat beliau atas kapasiti yang pernah memegang jawatan sebagai pengarah pendidikan Sabah.

Mereka mahukan jawatan tersebut dipegang oleh Anak Jati Sabah. - Portal SatuSabah
Loading...

Related

Sabah 3633750255471360397

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item