satusabah

Lebih 800 rumah di Ranau terjejas bekalan air

Pelajar asrama terpaksa menggunakan air sistem perparitan JPS untuk mandi
RANAU: Lebih 800 rumah di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Ranau kini menghadapi masalah bekalan air bersih untuk kegunaan harian berikutan fenomena El Nino yang berlaku sekarang.

Perincian nama kampung dengan bilangan rumah (keluarga) terlibat ialah di DUN Kundasang – Kampung Kirokot-Kilanas (80), Kampung Tinutuan (35), Kampung Mokodou (50), Kampung Timbua (51) dan Kampung Togis (100).

Di DUN Karanaan ialah Kampung Kibbas (200), Kampung Waang (30), Kampung Sumalang (35) dan Kampung Mohimboyon (20); manakala di DUN Paginatan pula melibatkan Kampung Toupos (30), Kampung Napong 1 (72), Kampung Napong 2 (36), Kampung Kapangian (36) dan Kampung Simpang Poring (30).

Bagaimanapun, kesemua rumah berkenaan kini sudah mula menerima penghantaran bekalan air menerusi lori Jabatan Air Daerah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), hasil usaha bersepadu Jawatankuasa Bencana Alam Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin serta lain-lain agensi kerajaan.

Turut terjejas teruk ialah kira-kira 400 pelajar SMK Timbua yang terpaksa keluar beramai-ramai pagi dan petang ke saliran JPS yang terletak kira-kira 1 kilometer dari sekolah bagi mendapatkan air untuk mandi serta membasuh pakaian mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Timbua Walimin Suruk dan Timbalannya Nasirin Kelid memberitahu ada pelajar terpaksa keluar jam 2 pagi untuk mendapatkan air bagi kegunaan makan, minum dan mandi, iaitu apabila tiada orang lain di tali air JPS berkenaan.

Walimin dan Nasirin merayu kepada pihak yang berkenaan supaya menghantar bekalan air bersih secukupnya untuk kegunaan para pelajar yang tinggal di asrama sekolah.

Menurut mereka, sejak musim kering ini, air beberapa batang sungai, perigi dan punca tadahan air graviti sudah kering kontang, yang sepatutnya untuk ke asrama dan perumahan penduduk sekitarnya.

Tinjauan penulis di SMK Timbua mendapati ramai penghuni asrama berduyun-duyun menuju ke sistem pengairan dan saliran JPS untuk mandi, mengangkat air minum dan membasuh pakaian mereka.

Air saliran JPS itu pun belum tentu selamat dari segi kesihatan pengguna. Begitu juga dengan kualiti kebersihan air di beberapa batang sungai yang belum kering, namun tiada pilihan lain bagi para penduduk untuk menggunakan air sungai bagi kegunaan makan minum harian meskipun terpaksa berjalan kaki jauh dari perumahan mereka. - Utusan Borneo

[review top="1"]
  [item value="7"]Gameplay[/item]
  [item value="8"]Graphics[/item]
  [item value="10"]Sound[/item]
  [item value="5"]Ease of play[/item]
  [item value="9"]Hardware[/item]
  [content title="Summary" label="Overall Score"]My fellow Earthicans, as I have explained in my book Earth in the Balance, and the much more popular Harry Potter and the Balance of Earth, we need to defend our planet against pollution. Also dark wizards but I know you in the future back in our hands.[/content]
[/review]
Loading...

Related

Sabah 5142886670197976847

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item