satusabah

Mail Karam dapat perhatian umum


Ismail Awang Ali yang juga dikenali sebagai Mail Karam di kampungnya kini mendapat perhatian umum apabila video lagu 'cover' nyanyiannya bertajuk Ku Basuh Luka Dengan Airmata nyanyian asal Kumpulan Success dimuat naik di laman facebook 1Sabah.

Reaksi komen dari yang menonton video ini sangat positif dan memuji bakat beliau.

 

Dalam tempoh 24 jam video ini dimuat naik, statistik people reached telah mencecah 42,379 dengan view sebanyak 6.5K Views, 317 likes dan 29 komen. Video ini juga telah dikongsi oleh 152 netizen. Terdapat juga komen yang menyarankannya untuk menyertai uji bakat Kilauan Emas iaitu sebuah program realiti TV yang popular memberi peluang kepada penyanyi berbakat yang berumur 40 tahun ke atas.

Menurut sumber, Mail bukan sahaja berbakat dalam menyanyi tapi juga berkebolehan mencipta lagu dan ada antara lagu ciptaannya yang pernah memenangi pertandingan lagu tema untuk Pesta Jagung di Kota Marudu.

Walau bagaimanapun, bakat yang dimilikinya tidak mendapat perhatian umum sehinggalah video nyanyiannya tersebar meluas melalui laman sosial facebook 1Sabah.

Mail bekerja sebagai seorang nelayan untuk menyara keluarga selain kerja-kerja kampung yang lain dan beliau sememangnya mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi.

Mail bersama kumpulannya yang dikenali sebagai Hokage telah mempunyai beberapa buah lagu yang telah disusunkan muziknya oleh salah sebuah studio di Kota Kinabalu tetapi memandangkan masalah kewangan, muzik lagu-lagu ini tidak dapat diambil atau diterbitkan.

Dalam usahanya untuk memasarkan bakatnya agar dapat perhatian pihak-pihak yang berkaitan, Mail telah membuat laman facebooknya sendiri untuk memuatnaik video-video nyanyiannya disamping aktiviti harian khas untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangannya,
Semoga bakat Mail Karam ini dapat diterima umum dan usahanya untuk meraih perhatian dari yang pihak yang berkaitan berjaya dan mampu mengubah kehidupannya sekeluarga. - Satu Sabah
Loading...

Related

Hiburan 6656459922906711622

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item