satusabah

Makanan yang boleh membuatkan kaki berbau busuk

Elaklah Makanan Ini Kalau Tak Mahu Kaki Berbau Busuk 

Kaki berbau amat merengsakan, bukan sahaja diri sendiri tetapi orang di sekeliling. Bayangkan ketika sedang berdiri di dalam kereta api, beratur di dalam kawasan yang sesak dan ramai atau mungkin sedang menunggu giliran di bank, pejabat pos mahu pun di hospital tiba-tiba ‘haruman’ kaki mula tersebar di sekeliling. 

Cukup tidak selesa dan tak mustahil anda boleh menyebabkan orang lain muntah-muntah.


Jangan risau, sebenarnya anda boleh atasi masalah kaki berbau dengan menjaga pemakanan yang diambil setiap hari.

Makanan yang perlu dielakkan

1. Elakkan makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila jangkitan kaki agak serius. Gula menggalakkan lagi pembiakan kulat pada badan.

2. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti keju, yis roti, cendawan, cuka dan kicap.

3. Buah seperti anggur dan beri biru mempunyai kandungan gula yang tinggi.

4. Makanan kekacang juga perlu dielakkan.

Makanan yang boleh diambil

1. Cendawan shitake satu-satunya cendawan yang boleh dimakan memandangkan ia kaya dengan kandungan beta glucan yang membantu mengurangkan jangkitan kulat.

2. Makan lebih banyak bawang dan bawang putih. Makanan ini adalah antara makanan anti-bakteria dan anti-kulat.

3. Makan sekurang-kurangnya 250 gram sehari yogurt rendah lemak yang mengandungi asidofilus dan bifidus.

Sumber

Jagalah kaki seperti menjaga muka. - Satu Sabah
Loading...

Related

Tips dan Panduan 256115305316023890

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item