satusabah

PM lancar Lebuhraya Pan Borneo Sabah

PAPAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi tiba di Kampung Andus, di sini bagi melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. 

Majlis perasmian itu adalah bagi jajaran Pan Borneo Sabah dilaksanakan oleh Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP). Kebanyakan laluan itu akan dinaik taraf kepada empat lorong dua hala dengan piawaian R5. 
 
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 
 
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dijangka mengubah landskap infrastruktur dan menghubung bandar utama di Sabah dengan lebih cekap, selesa serta selamat buat 3.74 juta penduduk negeri itu.  
 
Menerusi projek fasa satu, kerja pembinaan lebuh raya berkenaan merangkumi kerja menaik taraf enam laluan. Laluan terbabit ialah Jalan Sindumin-Kota Kinabalu; Jalan Kota Kinabalu-Tuaran; Jalan Tuaran-Kudat; Jalan Ranau-Telupid; Jalan Telupid-Lahad Datu dan Jalan Lahad Datu-Tawau. 
 
Keseluruhannya, projek lebuh raya itu membabitkan kerja menaik taraf 1,236 kilometer jalan raya yang disasar menjadi pemangkin pertumbuhan kepada daerah yang dilaluinya. - BHarian Online
Loading...

Related

Lebuhraya Pan Borneo 823024735478876637

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item