satusabah

Sabah Hentikan Serta Merta Perniagaan Tukar Barang

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman - Foto Bernama
Kerajaan Sabah memutuskan aktiviti perniagaan tukar barang di semua pelabuhan Barter Trade seluruh negeri, digantung serta-merta atas faktor keselamatan.

Ia antara beberapa langkah diputuskan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dipengerusikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di sini, bagi meningkatkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah, khususnya menangani insiden penculikan yang berlarutan.
[lock]
Turut diputuskan, semua perdagangan secara perkapalan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) termasuk petroleum dan gas dihenti serta digantung, selain menangguh pelaksanaan feri penumpang antara Kudat dan Palawan, Filipina.
[/lock]
Musa berkata, tindakan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap perkara yang menyalahi peraturan dalam aktiviti pelayaran dan perdagangan di laut akan dikuatkuasakan oleh semua agensi mengikut perundangan yang berkuat kuasa bagi semua agensi di timur Sabah.

"Tindakan penguatkuasaan ke atas semua kapal dan bot yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang akan dilaksanakan dan kapal luar yang menyalahi peraturan serta mengancam keselamatan negara tidak akan dibenarkan memasuki perairan Sabah," katanya.

Beliau berkata, konsep pelaksanaan perintah berkurung akan diubahsuai serta berkuat kuasa sepenuhnya termasuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja atau bot dan kapal yang melanggar arahan pihak berkuasa di ESSZone.

"JKKN juga meneliti ancaman keselamatan di sebalik penggunaan bot pam yang akan diperiksa oleh pihak berkuasa dan mana-mana individu atau kumpulan bukan warga negara didapati menggunakannya, akan dirampas serta-merta.

"Penelitian juga dibuat secara mendalam untuk melaksanakan tindakan pencegahan bagi kegiatan merampas serta penculikan terhadap kapal perdagangan di perairan berisiko di Pantai Timur Sabah melalui perlindungan keselamatan oleh pihak berkuasa.

"Tindakan agresif tanpa kompromi akan dijalankan serta-merta untuk mengukuhkan keselamatan di timur Sabah oleh semua agensi mengikut kuasa dan perundangan semasa yang berkuat kuasa," katanya.
Loading...

Related

Sabah 2271299531181464093

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item