satusabah

Skylaser Screen Fest 2016

Skylaser Enterprise Sdn. Bhd. mengadakan Skylaser Screen Fest 2016 untuk membuka peluang kepada karyawan Sabah mencuba bakat dalam mengh...


Skylaser Enterprise Sdn. Bhd. mengadakan Skylaser Screen Fest 2016 untuk membuka peluang kepada karyawan Sabah mencuba bakat dalam menghasilkan filem pendek dengan cara yang lebih proaktif.

Para pemenang akan menerima hadiah lumayan yang ditawarkan di samping meraih peluang bekerjasama dengan Skyline Pro untuk mengembangkan bakat ke pasaran yang lebih besar.

Pertandingan ini menawarkan hadiah lebih RM17,000 untuk direbut disamping hadiah juri/misteri untuk video pilihan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Dokumentari – 5 minit dan Iklan/Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) – 30 saat

Hadiah yang ditawarkan

Dokumentari
  • Pertama – RM3,500
  • Kedua – RM2,500
  • Ketiga – RM1,500
  • 5 hadiah saguhati bernilai RM500 setiap satu
  • Hadiah khas juri/misteri untuk video pilihan.
Iklan/Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA)
  • Pertama – RM2,500
  • Kedua – RM1,500
  • Ketiga – RM1,000
  • 5 hadiah saguhati bernilai RM500 setiap satu
  • Hadiah khas juri/misteri untuk video pilihan.

Terma dan Syarat
  1. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang berasal dari NEGERI SABAH.
  2. Tema pertandingan: “SELAMAT DATANG KE SABAH”
  3. Peserta boleh menyertai semua kategori tetapi hanya 1 penyertaan sahaja bagi setiap kategori.
  4. Hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau bahasa etnik suku kaum di Sabah.
  5. Sarikata dalam Bahasa Malaysia diWAJIBkan.
  6. Karya mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah dalam mana-mana pertandingan/festival filem/video sebelum ini.
  7. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.
  8. Satu (1) salinan dalam format DVD perlu dihantar kepada penganjur.
  9. Hakcipta produksi adalah kekal milik peserta. Walau bagaimanapun penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
  10. Segala kos produksi adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  11. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi atau sivil terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang menuntut.
  12. Peserta dan ahli kumpulan perlu mendaftar sebagai ahli di website Skyline Pro. Pendaftaran boleh di buat di sini.
  13. Peserta dan ahli kumpulan perlu LIKE dan SHARE fanpage facebook rasmi kami dengan hashtag #skylinepro.
  14. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
  15. Tarikh tutup penyertaan pada 31 MEI 2016.
  16. Semua penyertaan hendaklah dihantar ke Sky Laser Enterprise Sdn. Bhd., Lot D-4-7, Tanjung Aru Plaza, Jalan Mat Salleh, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila ke http://www.skylinepro.com.my/skylaser-screen-fest-2016/
Loading...

Related

Skyline Pro 5286157412230666698

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item