satusabah

Syor wujud zon pelancongan bebas cukai di Sabah

KOTA KINABALU : Kerajaan diharap mempertimbangkan pengwujudan zon pelancongan bebas cukai di lokasi strategik di bandar utama di Sabah seperti ibu negeri, Sandakan dan Tawau sebagai inisiatif menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. 

Perkara itu dicadangkan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu) dengan mengambil contoh negara seperti Jepun, China dan Turki yang memperkenalkan zon bebas cukai di negara mereka hingga mampu menarik kedatangan pelancong asing. 

"Saya percaya, jika ini dilaksanakan di Sabah, ia bukan saja menambah jumlah kehadiran pelancong, malah meningkatkan hasil pendapatan negeri. "Dengan adanya hasil pendapatan yang lebih daripada sektor pelancongan, kerajaan dapat memajukan pembangunan pelancongan terutama sekali di luar bandar.

"Saya yakin tarikan semula jadi dan unik di kawasan luar bandar, pelancongan mampu menjadi sumber pendapatan baharu kepada penduduk yang selama ini bergantung kepada hasil pertanian untuk menjana pendapatan," katanya dalam ucapan perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, sebentar tadi.

Joniston turut mencadangkan kerajaan negeri mengemukakan permintaan kepada Kerajaan Pusat supaya pelancongan diletakkan di bawah senarai bersama dan bukan senarai Persekutuan. 

"Jika pelancongan diletakkan di bawah senarai Persekutuan, apa-apa perbelanjaan kerajaan negeri untuk pelancongan tidak boleh dituntut semula walau satu sen pun, tetapi jika di bawah senarai bersama, sebanyak 50 peratus daripada perbelanjaan boleh dituntut semula daripada Kerajaan Persekutuan. 

"Sebagai contoh, tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta untuk program pemasaran dan penggalakkan pelancongan negeri, tetapi sumbangan Kerajaan Pusat hanya RM1.24 juta. 

"Oleh kerana usaha mempromosikan pelancongan di Sabah sebahagian besarnya dibiayai kerajaan negeri, lebih sesuai jika jumlah kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disumbangkan melalui sektor pelancongan negeri dikembalikan kepada Sabah dalam bentuk peruntukan untuk memajukan industri pelancongan," katanya. 

Beliau berkata, sebagai contoh, pada tahun lalu, unjuran sumbangan sektor pelancongan Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk pembayaran GST adalah RM276 juta. - BH Online
Loading...

Related

Pelancongan Sabah 3134272883101540149

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item