satusabah

Tentera bom kedudukan Abu Sayyaf

Manila: Tentera Filipina memulakan serangan besar-besaran menggunakan pesawat dan bedilan artileri terhadap kedudukan Abu Sayyaf yang menahan lebih 20 tebusan rakyat asing di selatan negara itu hari ini.

Jurucakap tentera di Manila, Kolonel Noel Detoyato, berkata bedilan artileri mensasarkan kawasan pergunungan di Pulau Jolo dengan jet serta helikopter terbang rendah menggugurkan bom.

"Kami kini menguasai kawasan yang sebelum ini diduduki Abu Sayyaf,” katanya.

Menurutnya, penduduk melaporkan 14 lelaki bersenjata terbunuh namun ia tidak dapat disahkan kerana tiada mayat ditemui.

Beliau berkata, serangan itu yang mensasarkan kumpulan diketuai Radullan Sahiron, terbukti berjaya.

Kelmarin, Presiden Filipina berikrar akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghapuskan Abu Sayyaf walaupun jika terpaksa ada yang terbunuh. - AFP/HMetro Online
Loading...

Related

Berita Luar Negara 5963124017328462941

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item