satusabah

Tidak perlu beri salinan MyKad beli kad sim baharu


KUALA LUMPUR - Tiada garis panduan khusus yang mewajibkan pelanggan menyerahkan salinan kad pengenalan (KP) mereka kepada ejen syarikat telekomunikasi apabila ingin membeli kad sim baharu telefon bimbit, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata hanya KP asal individu yang ingin membeli kad sim itu perlu dikemukakan kepada ejen berkenaan bagi tujuan pengesahan bagi pembelian kad itu untuk mengelak berlakunya penipuan dalam pendaftaran.

"Tidak dinafikan ada segelintir pihak (ejen) yang mengumpulkan maklumat daripada kad pengenalan untuk tujuan tertentu berdasarkan SOP (prosedur operasi standard) syarikat mereka.

"Orang awam boleh membuat aduan jika mendapati maklumat peribadi atau kad pengenalan mereka disalah guna.

"Kementerian ini, melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan data maklumat individu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Mengenai ICT, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Ke-11 di sini, Jalani berkata SKMM akan bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa bagi menyiasat kes dilaporkan sebelum tindakan boleh diambil terhadap ejen terbabit.

Pada majlis itu, beliu juga melancarkan Panduan EMF ITU (ITU EMF) versi bahasa Malaysia, yang merupakan aplikasi yang menyediakan garis panduan kawal selia amalan terbaik dan maklumat mengenai pengurusan EMF kepada orang ramai dalam bentuk mudah difahami.

"Panduan itu adalah antara kaedah yang digunakan SKMM bagi menyampaikan maklumat tepat tentang pengeluaran EMF kepada orang ramai," katanya.

Simposium lapan hari itu, yang dihoskan KKMM dan SKMM dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd, berlangsung mulai semalam hingga 27 April dan disertai lebih 100 peserta dari 30 negara. - Bernama
Loading...

Related

Berita Semasa 5434551002116609740

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item