satusabah

Yayasan Verdon Bahanda menaja sepenuhnya program anugerah pelajar di Matunggong

Berikut adalah maklumat acara yang dipetik dari laman facebook Skyline Pro mengenai satu acara anugerah pelajar yang diadakan di daerah kecil Matunggong kudat.


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Ko-Kurikulum Bagi Pelajar Dalam Kawasan Daerah Kecil Matunggong yang telah berlangsung pada 

Tarikh: 9 April 2015
Masa: 10 Pagi Hingga 1 Petang
Tempat: Dewan Terbuka Matunggong

Anjuran

Persatuan Momogun Rungus Malaysia (PMRM) dengan kerjasama Yayasan Verdon Bahanda dan Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

Program dan sumbangan ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Verdon Bahanda

Penganugerahan & Sumbangan 

Hadiah dan insentif merupakan sumbangan Yayasan Verdon Bahanda dan disampaikan oleh Datuk Wetrom Bahanda, Presiden Persatuan Momogun Rungus Malaysia (PMRM) merangkap Ketua Bahagian UMNO P168 Kota Marudu.

1. Anugerah Pencapaian Akademik - Seramai 132 orang murid yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM menerima insentif berjumlah RM300 ringgit setiap seorang.

2. Anugerah Khas – Seramai 6 orang murid dan 2 buah sekolah menerima anugerah khas iaitu ;

2.1. Olahragawati bawah 15 tahun ( adik Maslin Jafy – SMK Sikuati ) RM500

2.2. Olahragawan Bawah 15 Tahun ( adik Reveynylee Jonias – SMK Sikuati ) RM500

2.3. Olahragawati Bawah 18 Tahun ( adik Sisca Eva Marindu – SMK Matunggong ) RM500

2.4. Olahragawan Bawah 18 Tahun ( adik Alvendo Yahya – SMK Sikuati ) RM500

2.5. Pelajar terbaik STPM 2015 dengan PNGK 3.75 ( adik Astranita Raynond – SMK Pinawantai ) RM500

2.6. Anugerah khas ko - kurikulum iaitu penyertaan dalam kegiatan peringkat kebangsaan dan Peringkat Asian ( adik JI. Fedeliah Claritta Jaimin ) RM1000

2.7. Sk Temuno Teringgai Darat – Pencapaian Terbaik UPSR ( 7 orang murid memperolehi 5A ) RM2000

2.8. SMK Matunggong – Pencapaian Terbaik PT3 Dan SPM ( 24 orang murid yang mendapat 5 hingga 8 A di dalam peperiksaan PT3 dan 10 orang murid mendapat 5 hingga 7 A di dalam peperiksaan SPM ) RM 2000

3. Sumbangan Khas ( * juga merupakan sumbangan Yayasan Verdon Bahanda dan dismpaikan oleh Datuk Verdon Bahanda selaku pengasas kepada Yayasan Verdon Bahanda )

3.1. Sumbangan kepada PIBG SK Kampung Minyak berjumlah RM5000

3.2. Sumbangan kepada Koperasi Pembangunan Ekonomi Saudara Baru Islam Sabah Berhad berjumlah RM20,000.

3.3. Tabung Bencana & Kecemasan Persatuan Momogun Rungus Malaysia PMRM RM20,000

***

Founder kepada Yayasan Verdon Bahanda
“…semoga sumbangan ini mencapai objektifnya iaitu ingin melihat lebih ramai pelajar cemerlang muncul dari sekolah-sekolah di dalam daerah kecil Matunggong…” – Dato' Verdon Bahanda 
Loading...

Related

Yayasan Verdon Bahanda 8109887053316134456

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item