satusabah

Yayasan Verdon Bahanda Menyumbang Lagi Lebih RM30 ribu di Matunggong

Matunggong : Yayasan Verdon Bahanda meneruskan aktiviti kemasyarakatannya hari ini menyumbang lebih Rm 30,000. Pada sebelah pagi, D...


Matunggong: Yayasan Verdon Bahanda meneruskan aktiviti kemasyarakatannya hari ini menyumbang lebih Rm 30,000.

Pada sebelah pagi, Dato Verdon Bahanda yang merupakan 'founder' kepada Yayasan berkenaan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pinawantai 2016. Dalam majlis sama beliau turut menyumbangkan RM15,000 kepada pihak Sekolah dan  RM5,000 kepada PIBG Sekolah.

Selepas itu beliau meneruskan lawatan ke SK Matunggong. Dalam lawatan ini beliau menyampaikan sumbangan RM2000 untuk Larian Amal yang akan diadakan pada 07/05/2016.

Sumbangan kepada wakil Pertubuhan Peladang Matunggong
Yayasan Verdon Bahanda turut meluluskan sumbangan membina pagar keselamatan bangunan Pusat Pendidikan Khas dan meluluskan sumbangan peralatan asrama SK Matunggong untuk keperluan 50 pelajar.

Dato Verdon Bahanda yang merupakan anak jati Matunggong turut menyampaikan sumbangan tunai RM5000 kepada Pertubuhan Peladang Matunggong dan RM1500 kepada Persatuan Bola Sepak SMK Pinawantai.

Sumbangan kepada SK Matunggong
Sementara itu, kelmarin beliau turut menyumbang RM15,000 kepada Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati (SEMEKSI) dan PIBG sekolah tersebut.
Loading...

Related

Yayasan Verdon Bahanda 7830023904869900815

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item