satusabah

Empat pelancong dikhuatiri lemas

Kudat: Empat pelancong termasuk seorang rakyat tempatan dikhuatiri lemas di laut ketika dalam perjalanan pulang ke penginapan mereka dalam kejadian di perairan Balambangan di sini, petang semalam.

Empat mangsa iaitu Lam Wai Yin Tommy (China), 45; David Hernandes Gasulla (Sepanyol), 30; Martha Miguel (Sepanyol), 30; dan seorang rakyat tempat dikenali sebagai Ella ,23, dilaporkan hilang 5.30 petang oleh rakan mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Kudat, 1 tengah hari tadi.

Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan pulang dari Kampung Batu Sirih Balambangan, Banggi, ke Kudat, namun sehingga kini mereka gagal dikesan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan untuk mengesan bot dinaiki semua mangsa.

"Setakat ini, operasi SAR masih dijalankan membabitkan agensi penyelamat iaitu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat.

"Punca kejadian masih belum diketahui dan ketika mangsa dilaporkan hilang ombak berketinggian 0.5 hingga satu meter arah angin Utara," katanya ketika dihubungi, hari ini. - HMetro Online
Loading...

Related

Daerah Kudat 4723344109289099657

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item