satusabah

Hormati budaya orang lain kunci perpaduan kaum

PITAS: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun merupakan budaya yang dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat.

Beliau berkata meskipun perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan Dusun, Murut tetapi kaum-suku kaum di seluruh negeri juga turut sama meraikannya dengan mempelbagaikan aktiviti.

“Ini membuktikan di Sabah sejak sekian lama telah mengamalkan konsep satu pesta satu bangsa, satu budaya dalam satu Malaysia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika Merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Mukim Pinggan-Pinggan 2016 di dewan serbaguna Kampung Sinanggip dekat sini kelmarin,

Bolkiah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas berkata, menjaga adat resam serta menghormati budaya suku kaum lain merupakan kunci utama keharmonian kaum berkenaan dan amat bertepatan dengan tema pesta kaamatan tahun ini ‘Keamanan dan Persahabatan’.

Tambahnya, masyarakat yang duduk dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nibang diharap supaya bersabar menantikan penyelanggaraan atau menaik taraf jalan raya dari Kampung Singanggip, Nibang sehingga ke Kampung Pandan Mandamai yang akan memulakan kerja pembinaan tahun ini sebagai kesinambungan jalan utama dari Mempakad Laut ke Kampung Kibubuk dan seterusnya.

Menurutnya, jalan raya merupakan komunikasi utama yang menghubungkan para pemimpin dengan rakyat dan sebaliknya. Justerubeliau lebih mengutamakan pembinaan jalan-jalan yang terdapat ramai penduduk yang memerlukannya kerana mereka menggunakan jalan sebagai laluan utama untuk mengeluarkan hasil tani mereka dan sebagainya.

Beliau melahirkan harapan supaya jasa baik kerajaan Barisan Nasional (BN) dikenang dengan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kerajaan apabila tiba masanya pilihan raya umum nanti.

Terdahulu, pengerusi penganjur sambutan Pesta Kaamatan Mukim Pinggan-Pinggan 2016, Balawin Dananau berkata, pemilihan Kampung Sinanggip bertepatan program kerana masyarakat yang duduk di kawasan pedalaman juga berpeluang melihat pelbagai acara sambutan yang disediakan.

Katanya, tahun ini seramai tujuh gadis berjaya memasuki peringkat akhir unduk ngadau peringkat Mukim Pinggan-Pinggan. dan berikut keputusan kejohanan tersebut.

Johan dimenengi Evelyn Vencent, tempat kedua Masrinah Jumat dan ketiga Margaret Chong. Kesemua pemenang menerima hadiah sebuah piala, wang tunai, salendang dan kalungan bunga.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian hadiah kejohanan pelbagai acara sukan, cabutan tiket pengunjung bertuah dan pemberian beras kepada warga emas yang disumbangkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sinanggip dan KRT Kampung Kasagaan Jaya.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzual Deen, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Pitas, Zamrah Abnaha, Pengerusi Induk Unduk Ngadau Daerah Pitas, Dato’ Seri Dr. Rudy Awah, Pengerusi Induk Sugandoi Daerah yang juga Naib Presiden PBS Pusat dan Ketua Bahagian PBS DUN Pitas, Ng Loi Tect, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pemimpin NGO Daerah Pitas. - NewSabahTimes
Loading...

Related

Daerah pitas 6199439829074968488

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item