satusabah

Mail Karam kembali menceriakan hiburan Sabah dengan cover lagu Memori Berkasih

Mail Karam,45 atau nama sebenarnya Ismail Ag. Ali adalah facebooker berbakat yang ketika ini sedang trending dengan cover lagu duet terbarunya nyanyian asal Siti Nordiana dan Achik (Spin) iaitu lagu Memori Berkasih.


Siti Nordiana yang dinobat sebagai juara Gegar Vaganza musim 2015 secara langsung telah menaikkan kembali populariti lagu ini selepas beliau menyanyikan lagu ini duet bersama Lan Kristal di salah satu konsert rancangan realiti terbitan Astro.

Mail Karam mengambil kesempatan dengan merakam video dari akaun Smule @sitinordiana1 lagu Memori Berkasih ini.

[youtube src="1nlI9Zt2IZc"]

Sebelum ini, Mail Karam telah memuat naik 3 buah lagu cover yang juga menjadi viral iaitu lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf), Korus Roman Cinta (Mojo) dan Ku Basuh Luka Dengan Air Mata (Suksess).

Sebelum itu, video ini telah diupload di fan page facebook 1SABAH dan dalam tempoh kurang 10 jam, video ini telah dikongsi lebih 300 kali.


Diharap ada pihak yang berkaitan mengambil sedikit perkiraan untuk membantu mengembangkan bakat otai ini. - Satu Sabah
Loading...

Related

Trending 3224138949611945570

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item