satusabah

Mesin ATM diletupkan perompak di Membakut

MEMBAKUT: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Membakut di sini, diletupkan perompak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu pejabat bank berkenaan kira-kira jam 2 pagi yang memaklumkan kejadian itu.

"Sebaik menerima panggilan, kami menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan mendapati sebuah mesin ATM musnah akibat diletupkan.

"Bagaimanapun, jumlah kerugian termasuk wang yang dilarikan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.

Ini kes pertama mesin ATM diletupkan di daerah ini. - BHarian Online
Loading...

Related

membakut 6575101583226321323

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item