satusabah

Polis Rampas Senapang Buatan Sendiri (Bakakuk) dan Peluru

TAWAU, 05 MEI 2016 - Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau yang diketuai oleh Insp Shankar Ganesh A/L Govindasami telah menyerbu sebuah rumah di Kg. Tass Andrassy bt 13, Tawau.

Dalam serbuan tersebut telah menahan seorang lelaki tempatan disyaki penagih. Selain itu, turut dirampas ialah 2 laras senapang patah buatan sendiri iaitu 'bakakuk' di tepi almari dan 1 kotak bertulis ' Rimba ' berisi 13 butir peluru hidup di atas almari.

Suspek ditangkap dan dibawa balik ke IPD Tawau untuk saringan ujian air kencing dan didapati positif dadah jenis Methamphethamine. Kesalahan yang dikenakan adalah termaktub dalam seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Untuk kesalahan memiliki senapang patah buatan sendiri boleh dikenakan tindakan dalam seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki, membawa , menjaga, menggunakan senjata atau peluru tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Orang awam yang ingin menyalurkan maklumat kepada pihak polis boleh menghubungi hotline IPD Tawau 089- 772121 atau melalui email laman sosial Facebook untuk membantu siasatan. Kerjasama dari masyarakat amat dihargai dalam mencapai misi mewujudkan bandar Tawau yang aman dan sejahtera.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau
Loading...

Related

Daerah Tawau 4053727265970675630

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item