satusabah

Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dalam kedudukan terbaik

Datuk Au Kam Wah (kiri) dan Datuk Harun Ismail (kanan)
KOTA KINABALU: Pengalaman selama 35 tahun telah meletakkan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dalam kedudukan terbaik mengharungi cabaran masa depan.

Pengerusinya, Datuk Au Kam Wah berkata pencapaian SEC selama ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha sama dan sumbangan idea dari kerajaan negeri, rakan niaga, pihak pengurusan dan semua kakitangan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dan Pengumpulan Dana Bagi Kelab Sukan Rekreasi SEC, pada malam Jumaat.

Beliau juga menjelaskan bahawa SEC sebagai syarikat berkaitan kerajaan akan terus membawa pelabur untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang yang akan meningkatkan pembangunan ekonomi negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SEC Datuk Harun Ismail pula berkata, SEC juga mampu memberikan pulangan yang menarik untuk kerajaan negeri Sabah termasuk dividen sebanyak RM7 juta bagi tahun kewangan 2015, di samping dividen kasar terkumpul setakat ini adalah lebih RM183 juta.

Sempena Ulang Tahun SEC Ke-35, Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat Baitul Hidayah, Persatuan Orang Buta Sabah, Persatuan Thalassemia Sabah, Sabah Chesire Home and Services menerima bantuan sebanyak RM15 ribu bagi setiap organisasi.

Majlis yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat dan Pengerusi Asian Supply Base Sdn Bhd Datuk Donald Peter Mojuntin. - UTUSAN BORNEO
Loading...

Related

Berita Sabah Terkini 3646370288882348740

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item