satusabah

TIADA PEMBALAKAN HARAM DI PULAU BANGGI

Sekadar Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Jabatan Perhutanan menjelaskan tidak ada pembalakan haram berlaku di dua kawasan Parcel A dan B di Pulau Banggi seperti dakwaan yang dibuat di media sosial.

“Dakwaan itu adalah tidak berasas,” kata pengarahnya, Datuk Sam Mananan dalam kenyataan kelmarin. Sebaliknya kata beliau kerajaan melalui Pejabat Hasil bumi telah meluluskan lesen membalak untuk Parcel A & B dengan tujuan untuk membersihkan kawasan tanah itu untuk tujuan penanaman pokok getah dan tanaman lain yang bersesuaian oleh Felcra Berhad.

Lesen untuk Percel A dan B masing-masing meliputi kawasan seluas 3,391 hakter dan 7,821 hakter dikeluarkan pada 22 Mei 2012.

Kedua-dua lesen itu sah untuk tempoh setahun, diperbaharui semula untuk tempoh dua tahun sebaik tamat tempoh pada 21 Mei 2013.

Sam berkata Felcra Berhad dibenarkan oleh kerajaan negeri menggunakan dua kawasan tanah itu untuk tanaman getah.

“Felcra bukan pemilik tanah itu dan tidak ada pendaftaran geran dikeluarkan,” katanya.

Sam berkata lesen untuk Parcel A sudah tamat tempoh pada 8 Feb tahun ini dan ianya tidak diperbaharui. Bagi Parcel B katanya lesen membalak diperbaharui dan akan gtamat tempoh pada 26 November tahun ini. Sementara itu, Sam berkata terdapat kejadian di mana pihak ketiga didapati melakukan pembalakan haram di Parcel B.

“Kita sudah mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang melakukannya dan kes itu sudah selesai.  - NEWSABAHTIMES
Loading...

Related

Pembalakan 2119560707138006294

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item