satusabah

PPM Lahad Datu Tahan Tiga Lelaki, Rampas Ganja Bernilai RM3,000

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu menahan tiga lelaki dan merampas daun kering dipercayai ganja seberat 0.61kg bernilai RM3,000 di kawasan perairan Felda Sahabat 16, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata kesemua lelaki masing-masing berumur antara 17 hingga 57 tahun itu ditahan di atas sebuah jongkong, dipercayai dari negara jiran, kira-kira pukul 6 petang oleh sepasukan anggota PPM yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.


Katanya ketika ditahan, kesemua suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Semasa anggota PPM hendak membuat pemeriksaan ke atas jongkong berkenaan, seorang di atas jongkong berkenaan dilihat mencampakkan satu bungkusan plastik ke laut. Selepas (bungkusan itu) diperiksa di hadapan ketiga-tiga suspek, didapati terdapat daun kering di dalam bungkusan tersebut disyaki dadah jenis ganja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad, selain menahan ketiga-tiga suspek, PPM turut merampas jongkong berserta satu unit injin 40 kuasa kuda bernilai RM21,200 dan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Mohamad meminta orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan pesisir pantai agar terus menyalurkan maklumat kepada PPM berhubung sebarang aktiviti jenayah di kawasan masing-masing. -- BERNAMA

Related

Pasukan Polis Laut 5135582575928324886

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item