satusabah

2 Maut, Van Bertembung Bas Di Kinabatangan

KINABATANGAN – Dua penumpang sebuah van maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 111, Jalan Sandakan-Lahad Datu malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, yang maut dikenali sebagai Leen Che binti Maisal, 20, dari Kampung Sim-Sim, Sandakan dan individu yang dikenali sebagai Ismail, 20, dari Ladang Kamcong Sandau, Lahad Datu. 

Beliau berkata pemandu van dikenali sebagai Resky Paisal, 20, hanya cedera ringan sementara pemandu bas itu yang berusia 29 tahun dan 42 penumpang tidak mengalami sebarang kecedaraan. 

Bas yang dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu itu dilapor hilang kawalan dan memasuki lorong kanan jalan sebelum melanggar van itu yang datang dari arah bertentangan. – BERNAMA

Related

kemalangan di Kinabatangan 5903355573732071541

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item