satusabah

Ajal Seks Ganas

Brickfields: Lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel dan terikat dipercayai akibat melakukan seks ganas di kondominium di Sri Hartamas, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Mayat mangsa, 47, ditemui pemilik rumah yang datang ke rumah berkenaan untuk memeriksa keadaan lelaki terbabit selepas dihubungi oleh bapa mangsa yang gagal menghubungi anaknya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, pemilik rumah terpaksa memecahkan pintu selepas panggilan dari luar rumah tidak dibalas.

Katanya, sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan mulut dan kaki diikat manakala kemaluan ditutup dengan kain.

"Hasil pemerhatian awal, pegawai patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) memberitahu mangsa kemungkinan mati akibat melakukan seks ganas.

"Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi.

Related

fantasi seks 841556749591071812

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item