satusabah

'Amaran Palsu' Terhadap Pesawat Saudi Di Filipina

RIYADH: Amaran yang mendorong polis Filipina untuk mengasingkan pesawat penerbangan Saudi Arabian di lapangan terbang Manila pada Selasa adalah 'palsu', kata seorang jurucakap syarikat penerbangan.

Terdapat 'amaran palsu bahawa penerbangan 872 telah dirampas' kata jurucakap itu kepada AFP di Riyadh.

Terdahulu dilaporkan bahawa sebuah pesawat komersial dari Arab Saudi telah diasingkan sepenuhnya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini petang Selasa.

Dalam satu kenyataan, Penguatkuasa Lapangan terbang Antarabangsa Manila (Miaa) berkata pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan Manila bahawa penerbangan Saudia SVA 872 dari Jeddah berada 'di bawah ancaman' pada jarak 20 batu sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa jemaah haji yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah. Penumpang sepatutnya mendarat pada pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.

Menurut Miaa, pihak berkuasa menjalankan prosedur operasi standard selaras dengan pelan kecemasan lapangan terbang.

Situasi di kawasan itu masih tidak jelas. Kakitangan pihak berkuasa Kumpulan  Keselamatan Penerbangan Nasional Filipina dan eksekutif syarikat penerbangan berada di lokasi.

Related

luar negara 8119210369963630010

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item