satusabah

Baby Bangun Baby

KOTA KINABALU: Seorang penolong pegawai perubatan dari Kota Marudu terbunuh dalam satu kejadian langgar lari ketika melintas Jalan Coastal di hadapan Star City, City Asia di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Raidi, 29, dari Kampung Guong, Kota Belud parah di bahagian kepala dan badan selepas dilanggar oleh kenderaan jenis Toyota Vigo.

Menurut sumber mangsa sedang melintas jalan dengan seorang wanita yang dipercayai isterinya, dari Centre Point menuju ke Asia City ketika kejadian sekitar jam 2 pagi.

Bagaimanapun Wanita berusia 20-an itu tidak cedera dalam kejadian itu. Ketika melintas jalan, mangsa berjaya menolak wanita berkenaan sebelum dia dirempuh oleh kenderaan terbabit.

Mangsa terpelating beberapa meter terhempas di tepi jalan raya. Sementara menunggu ambulans tiba, wanita itu dilihat duduk di sebelah mangsa menangis sambil berkata" “Baby bangun, baby bangun (baby wake up, baby wake up),” and was heard a couple of times saying, “Sepatutnya saya yang kena langgar tu bukan dia (I was the one who should have been hit, not him).”

Menurut saksi, ada dua kenderaan yang dipandu laju sebelum kejadian itu. Kedua-dua kenderaan terus memecut meninggalkan mangsa selepas kejadian itu.

Ketika pasukan paramedik tiba di lokasi kejadiam, mangsa disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya ACP M. Chandra berkata, seorang pemandu berusia 27 tahun yang memandu Toyota Vigo itu telah menyerah diri kepada polis pada hari yang sama.

"Kami telah menahan pemandu untuk membantu siasatan polis," kata Chandra semalam.

Menurut siasatan, Toyota Vigo menuju ke Penampang dari pusat bandar, apabila kejadian itu berlaku.

Related

Kemalangan Terkini 6512803858970034360

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item