satusabah

Banjir Kilat Beaufort: Tiga Sekolah Ditutup

Kota Kinabalu: Tiga sekolah rendah di Beaufort dekat sini, ditutup hari ini selepas dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Maimunah Suhaibul berkata, penutupan sekolah itu tidak menjejaskan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berakhir semalam.

"Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau; SK Tamalang dan SK Lembah Poring.

"Calon UPSR juga tidak terjejas kerana peperiksaan sudah berakhir semalam," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, selain tiga sekolah ditutup, satu lagi sekolah turut dinaiki air, namun masih beroperasi iaitu di SK Petagas.

Related

beaufort 1918094267780656301

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item