satusabah

Banjir Kilat Landa Tawau

Tawau: Kira-kira 1,000 penduduk terjejas selepas air dari Sungai Kinabutan Kecil melimpah sejak jam 9 pagi tadi sehingga menyebabkan berlaku banjir kilat di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Jalan Apas, di sini.

Tinjauan pada 1.30 tengah hari tadi mendapati air semakin melimpah sehingga ke paras dada berikutan hujan lebat sejak semalam menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan perahu untuk keluar dan masuk kampung berkenaan.

Wakil Ketua Anak Negeri Zon Balung Roslan Aman berkata, air yang melimpah sejak pagi tadi menyebabkan penduduk terpaksa memindahkan kenderaan masing-masing ke kawasan lain.

"Kawasan ini memang sering dinaiki air terutamanya ketika hujan lebat namun ini kali pertama kejadian buruk berlaku.

"Akibat kejadian ini, kira-kira 100 rumah terjejas dan saya berharap pihak bomba serta pasukan lain dapat bersiap sedia sekiranya banjir berterusan," katanya ketika ditemui di sini, tadi.

Tinjauan mendapati penduduk kampung dan pelajar sekolah terpaksa menggunakan perahu untuk keluar dan masuk ke kampung berkenaan.

Related

Daerah Tawau 5972022596215765473

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item