satusabah

Bantulah mereka


Tawau: Waris keluarga lima mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf merayu pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memulakan kutipan derma 100 juta peso (RM8.6 juta) bagi menyelamatkan tebusan.

Seorang daripada waris, Hariyanti Hamsi, 31, turut merayu supaya pihak kerajaan mempercepatkan usaha menyelamatkan semua tebusan termasuk suaminya Mohd Ridzuan Ismail, 32, yang diculik di perairan Dent Heaven berhampiran Lahad Datu pada 18 Julai lalu.

 "Kami merayu kepada pihak berkuasa untuk memberi keizinan mengutip derma untuk membayar tebusan bagi menyelamatkan suami kami yang dalam keadaan terseksa sekarang.

"Saya ada berhubung dengan suami pada Isnin lalu dan dia sentiasa bertanya perkembangan dalam usaha untuk membebaskan mereka," katanya pada sidang media di kediamannya di Kampung Tanjung Batu Otentik, di sini, hari ini.

Sementara itu, Gustia Sultan, 46, berkata, mereka sudah buntu kerana wang yang ada cuma hanya untuk perbelanjaan harian semata-mata.

"Saya merayu pihak berkaitan dapat memberikan kebenaran untuk kami melakukan kutipan derma itu kerana wang yang kami ada hanya untuk makan dan perbelanjaan anak," katanya yang juga isteri kepada Tayudin Anjut, 45.

Hadir sama dalam sidang media itu, Sutini Jamalu, 50; isteri kepada Abdul Rahim Summas, 62, bersama Siara Lageno, 49; dan Asmiah Lahape, 50; masing-masing ibu kepada Mohd Jumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Terdahulu, dalam kejadian itu polis menerima laporan sebuah kapal tunda Serudong 3 yang dinaiki semua mangsa ditemukan dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Heaven, Lahad Datu. -HMETRO

Related

Penculik Bersenjata 7330324442901476821

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item