satusabah

Denda RM16,000 Kerana Guna MYKAD Palsu

Seremban: Peniaga lelaki warga Saint Kitts & Nevis didenda RM16,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menggunakan Mykad palsu, bulan lalu.

Hukuman dijatuhi Majistret Nurulfitriza Abd Latif selepas tertuduh Lin Juncong, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki Mykad palsu atas nama Lam Poh Seng sebagai pengenalan diri di Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, jam 10.50 pagi, pada 20 Ogos lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Shah Amirul Gautamaruban manakala tertuduh diwakili Datuk Hanif Hassan.

Related

Isu MYKAD 7247416442574829790

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item