satusabah

Guru Cedera Ditikam

SANDAKAN, 2 Sept - Seorang guru wanita cedera dileher akibat ditikam seorang lelaki di kawasan letak kereta berhampiran sebuah restoran di Batu 4 dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP, Zabidi Mohd Zain kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika guru berusia 27 tahun itu sedang memparkir keretanya sebelum membeli makanan di restoran tersebut. 

"Belum sempat guru itu keluar dari keretanya, seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau muncul di tepi pintu bahagian pemandu kereta itu dan menyuruhnya duduk di sebelah kiri kereta tersebut. 

"Guru itu lalu menjerit meminta tolong yang menyebabkan lelaki itu bertindak menikam lehernya sebelum melarikan diri, katanya hari ini. 

Zabidi berkata guru itu pada mulanya memandu keretanya ke kawasan hadapan restoran itu untuk meminta pertolongan, namun orang ramai yang berada di situ tidak memperdulikannya. 

Mangsa lalu memandu keretanya balik ke rumah di mana dia dibawa ke hospital oleh rakannya serumahnya, katanya. 

Beliau berkata pihak polis sedang menjejaki suspek yang berumur lingkungan 20-an. Kes disiasat kerana sengaja mendatangkan kecederaan. -- BERNAMA

Related

Sandakan 9049749650188885895

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item