satusabah

Ibu Maut, Anak Parah Nahas Jalan Raya Di Sapi Nangoh

BELURAN, 10 Sept - Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera parah apabila kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Nangoh dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata hari ini, kejadian kira-kira jam 1.00 petang itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Merysah Sevilla, 30, tersepit di tempat duduk pemandu dan mati di tempat kejadian.

Anak perempuan, Mylisa Mauren Yusof, 7, cedera parah.

Katanya Mylisa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan manakala pemandu Hilux berumur 67 Tahun yang mengalami cedera ringan menerima rawatan di hospital Beluran.

Siasatan awal mendapati kereta Viva dipandu dari arah Simpang Sapi Nangoh telah bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah Paitan, katanya.

-- BERNAMA

Related

Kemalangan Di Beluran 4072100898688718697

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item