satusabah

Ibu mengandung bawa lari seorang anak dirayu pulang

BEAUFORT: Seorang ibu yang sedang mengandung anak kedua lari dengan membawa seorang anak lelaki berumur tiga tahun sejak hari raya ketiga Aidilfitri lalu dirayu pulang oleh suaminya.

Shafirra binte Rasit, 23, dari Kampung Pilajau, Beaufort didapati membawa lari bersama anaknya, Mohammad Silon Sabrin Bin Abdullah, 3 tahun.

Suami kepada ibu berkenaan Tarip Bin Bril, 60 memberitahu demikian semasa menghubungi New Sabah Times di sini pada Isnin. Katanya, isterinya telah lari dari rumah kediaman mereka di Kampung Bekalau kira-kira jam 9.00 pagi pada hari raya ketiga lalu.

Menurutnya, tiada sebarang pertengkaran di antara beliau dan isterinya, malah beliau tidak pernah menganiaya atau memukulnya namun sebelum ini isterinya ini sudah pernah beberapa kali lari dari rumah tetapi kembali semula ke rumah dengan alasan rindukan anaknya.

“Tetapi kali ini dia telah lari lagi dari rumah namun kali ini dia membawa bersama anaknya dan melarikan kereta Viva milik saya tetapi kereta itu akhirnya ditinggalkan di Putatan.

“Daripada maklumat beberapa orang kawan dan jiran bahawa saya difahamkan isterinya itu lari bersama seorang lelaki rakyat asing dan pernah ternampak di Telipok bersama lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau telah menjejakinya di Telipok dan sekitar Kota Kinabalu namun gagal. “Apa yang membimbangkan saya ialah terhadap keselamatan anak saya dan dia sendiri (isteri) pula sedang mngandung anak kami yang kedua,” kata Tarip dalam aduan nya kepada Polis di IPD Beaufort pada 8 Ogos lalu dan setakat ini belum ada sebarang perkhabaran.

Beliau merayu isterinya supaya kembali ke pangkuan keluarga dan beliau bersedia menyelesaikan masalah perkahwinan ini jika benar-benar dia berkehendakkan lelaki berkenaan.

“Saya menyeru kepada sesiapa yang mengenali dan ternampak di mana isteri dan anak saya berada mereka boleh menghubungi 011-36361042 (Abdul Aziz Paha) dan Tarip Bisin Bril (012-8169336) atau menghubungi Balai Polis Beaufort dit alian nombor 087-211222 atau menghubungi mana-mana balai Polis berdekatan. – NewSabahTimes

Related

new sabah times 8134448853661142380

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item