satusabah

Khuatir ada dalang dedah maklumat operasi ESSCOM - TPM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khuatir ada pihak yang mendedahkan maklumat kaedah operasi dilaksanakan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan terbabit.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, kenyataan itu bukan untuk menuduh sesiapa tetapi tidak mustahil ia berlaku.

"Saya tidak menuduh tetapi tidak mustahil ia berlaku, malah saya amat khuatir ada maklumat yang diperoleh mereka mengenai kaedah operasi yang dilakukan ESSCOMM.

Kita lihat pihak musuh sentiasa mencari ruang, waktu dan kelemahan operasi. "Mereka juga mungkin tahu aset untuk kegunaan ESSCOMM dan pelbagai agensi penguat kuasa belum diperoleh sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, selain agensi penguat kuasa, rakyat setempat juga perlu memainkan peranan untuk membendung kejadian culik atau jenayah di kawasan berkenaan. "Saya sudah maklumkan ada kumpulan culik untuk tebusan yang bergerak cergas dan kita juga tahu kumpulan Abu Sayyaf sedang mengumpul dana besar-besaran.

Saya khuatir dana ini digunakan untuk menyokong kumpulan pengganas dikenali Khatibah Nusantara. "Jangan ambil mudah soal keselamatan. Mereka mengambil peluang atas kealpaan yang kita sendiri ciptakan," katanya. Beliau mengulas kejadian culik dan rompak di Sabah malam tadi, membabitkan seorang juragan kapal pukat jerut yang dilarikan sekumpulan enam lelaki bersenjata, dipercayai penjenayah rentas sempadan di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Mangsa, Nasir Sarapin, 39, berasal dari Lahad Datu dilarikan selepas kapal pukat jerut dikendalikannya digeledah kumpulan penjenayah terbabit kira-kira jam 9.30 malam.

Kumpulan sama turut disyaki mendalangi rompakan terhadap sebuah lagi kapal pukat jerut setengah jam kemudian di perairan Tungku, Lahad Datu, kira-kira lima batu nautika dari lokasi penculikan di perairan Pulau Gaya.

Related

zahid hamidi 1794795690378083743

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item