satusabah

Langgar lari, pemandu pukul hingga pengsan dua lelaki

LIMBANG: Dua lelaki pengsan selepas ditumbuk seorang lelaki tempatan juga pemilik kereta jenis Mitsubishi yang tidak berpuas hati selepas kereta diparkir di satu selekoh sempadan Tedungan dilanggar lari di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 11.50 malam itu, mangsa berusia 54 dan 52 tahun berasal dari Sabah dan bekerja di Brunei itu dipukul suspek, 36, dari Kampung Bidang yang berang selepas keretanya dilanggar pemandu kereta jenis Ford Ranger.

Difahamkan, selepas melanggar kereta suspek, kedua-duanya meninggalkan kereta tersebut dan bergegas menuju ke Pos Kawalan Imigresen Tedungan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek kemudiannya bertindak mengejar pemandu dan penumpang kereta Ford Ranger itu.

“Sebaik tiba di Pos Kawalan Imigresen Tedungan, suspek yang berang kemudiannya menumbuk pemandu Ford Ranger hingga pengsan.

“Melihat kawannya pengsan, penumpang sebelah kiri pemandu Ford Ranger itu keluar untuk membantu tetapi terus dipukul suspek dengan botol sehingga pengsan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Jelas Mohd Bukhori lagi, selang 15 minit kedua-dua mangsa sedar dan berunding dengan suspek.

“Mangsa bersetuju untuk membayar kos membaik pulih kerosakan kereta Mitsubishi milik suspek terbabit. Tiada laporan polis dibuat kedua-dua suspek berkenaan,” katanya lagi.

Related

Berita Semasa 7843055659296458939

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item